Kemahiran Menulis

KEMAHIRAN MENULIS

Definisi kemahiran menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

Konsep kemahiran menulis

Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep menulis iaitu :



  • menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis
  • menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alfabet
  •  menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan sesuatu bahasa
  • menulis merupakan penggunaan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna
  • menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan